Anda di sini

Sendayan Group perkenal rumah berkembar mewah

Advertisement
 Inilah rumah berkembar mewah yang dilancarkan oleh Sendayan Group Of Companies di Bukit Penyau di Sibu, semalam.
MEWAH: Inilah rumah berkembar mewah yang dilancarkan oleh Sendayan Group Of Companies di Bukit Penyau di Sibu, semalam.

SIBU: Sendayan Group Of Companies telah memperkenalkan rumah berkembar mewah yang terletak di Bukit Penyau, Jalan Penyau (sebelah Lembaga Air Sibu) di sini, semalam.

Pelancaran rumah tersebut disempurnakan oleh Pengarah Urusan Sendayan Group Of Companies Lawrence Law Siew Hie bersama-sama dengan Pengurus Besar Sendayan Group Of Companies H.P Chew serta rakan-rakan niaga yang lain.

Rumah contoh (pameran) adalah dibuka untuk kunjungan orang ramai dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang pada setiap hari termasuk cuti umum dan hujung minggu di Jalan Bukit Penyau.

 Ruangan dapur yang elegan.
MODEN: Ruangan dapur yang elegan.

Menurut kenyataan medianya, rumah ini memiliki reka bentuk moden, bergaya dan mewah.

Ia juga terletak di lokasi perumahan yang strategik di mana hanya lima minit dari pasar raya Farley, Jalan Salim serta dekat dengan tadika, sekolah rendah dan menengah.

“Apa yang lebih menarik terhadap lokasi perumahan ini ialah ia terletak di kawasan tanah bukit dan bebas dari banjir termasuk dekat dengan bandar Sibu iaitu kira-kira 10 minit sahaja,” katanya lagi.

 Law (tengah) serta yang lain ketika melakukan simbolik pelancaran rumah berkembar mewah di Bukit Penyau di Sibu, semalam.
LANCAR: Law (tengah) serta yang lain ketika melakukan simbolik pelancaran rumah berkembar mewah di Bukit Penyau di Sibu, semalam.

Jelasnya, setiap bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas dilengkapi dengan bilik airnya sendiri sementara di tingkat bawah turut mempunyai sebuah bilik tidur.

“Ia sangatlah berbeza dengan yang lain di mana kami sentiasa mereka bentuk rumah dengan kepelbagaian bentuk mengikut keperluan ataupun trend tertentu,” katanya lagi.

 Ruangan bilik tidur utama.
SELESA: Ruangan bilik tidur utama.
 Ruangan bilik tamu.
BERGAYA: Ruangan bilik tamu.

Rumah ini juga menawarkan kawasan dalam rumah yang selesa serta rekaan dalaman yang menawarkan pengaliran udara dan pencahayaan yang ideal dan selesa.

“Di tingkat bawahnya, ia mempunyai tempat parkir kereta yang luas, ruang tamu, satu bilik tidur, dapur, tandas dan bilik air,” katanya lagi.

Tambahnya, projek ini ada tanah kosong untuk dijual dan tanah yang sudah diluluskan untuk pembinaan rumah tiga tingkat, tiga tingkat rumah berkembar untuk dijual, rumah teres dan lain-lain.

Selain rumah ini, Sendayan Group Of Companies turut mempunyai projek-projek rumah teras dua tingkat (jenis B), rumah teras dua tingkat dan rumah teras dua tingkat berkembar di kawasan yang sama (Jalan Bukit Penyau) di mana keseluruhannya mempunyai 145 unit.

Di samping itu, Sendayan Group Of Companies juga mempunyai beberapa projek perumahan yang sedang dijalankan antaranya ialah;

1. Jalan Bukit Penyau - rumah berkembar dan rumah teres dua tingkat pelbagai jenis.

2. Jalan Terusan - rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres.

3. Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Bukit Assek - kedai komersil.

4. Sibu Jaya - bangunan industri dan tanah perindustrian.

5. Rantau Panjang - rumah berkembar dan rumah teres.

Manakala bagi projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat tersebut ialah;

1. Sibu Jaya - rumah teres setingkat/dua tingkat

2. Bukit Penyau - apartment tujuh tingkat

3. Jalan Oya Lama - apartment tujuh tingkat/pusat komersil

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila kunjungi No.11, Tingkat 2, Lorong Salim 17, Jalan Salim, Sibu (atas Farley Cafe) atau hubungi jurujual berikut di talian 016-8706998, 019-8276500, 016-3326500, 019-8937710 atau 084-218000.

  • oleh
  • Advertisement