Anda di sini

Penganggur mengaku tidak bersalah rogol anak sendiri

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang penganggur berusia 52 tahun bakal berhadapan pemenjaraan 30 tahun, selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Selain tempoh minimum penjara lapan tahun, tertuduh juga boleh dikenakan tidak kurang lapan sebatan jika sabit salah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun pada 28 Disember jam 11.55 malam di sebuah rumah tidak bernombor di daerah Papar.

Mahkamah menetapkan tarikh pra pengurusan kes pada 1 Februari, manakala perbicaraan pada 6 hingga 9 Mei.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon ikat jamin dengan alasan mempunyai urusan berkaitan majlis perkahwinan anaknya yang belum diselesaikan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Khairuddin Idris membantah ikat jamin diberikan, kerana tertuduh ayah kepada mangsa, yang mungkin akan mengganggu saksi pihak pendakwaan.

Hakim seterusnya menetapkan bahawa tiada sebarang ikat jamin ditawarkan dan tertuduh diperintahkan terus ditahan reman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement