Anda di sini

Penagih mengamuk ketika ditahan AADK

Advertisement
PENAGIH yang ditahan di sini dan Kota Belud awal pagi Jumaat.
PENAGIH yang ditahan di sini dan Kota Belud awal pagi Jumaat.

TUARAN: Seorang lelaki berumur 23 tahun mengamuk ketika ditahan sepasukan anggota penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menyerbu rumahnya di Kota Belud.

Ketua Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Ruslan berkata amukan suspek menyebabkan berlaku pergelutan beberapa minit bersama pegawai AADK.

"Tindakan agresif suspek bagaimanapun berjaya ditangani dengan ketangkasan anggota kita dan suspek kemudian ditahan.

"Suspek turut menjerit sambil memaki bapanya kerana mengesyaki bapanya membuat aduan kepada AADK menyebabkan dia ditahan," katanya.

Tambahnya, sebaik menjalani pemeriksaan ujian air kencing, suspek didapati terbabit penyalahgunaan dadah kerana positif syabu.

Ruslan berkata suspek adalah antara empat penagih yang ditahan dalam Ops Cegah yang dijalankan di daerah ini dan Kota Belud bermula jam 12 hingga 3 pagi Jumaat.

"Kesemua suspek berumur 19 hingga 36 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

"Kita juga akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penagihan dadah," katanya.

  • oleh
  • Advertisement