Anda di sini

Pelbagai dadah dirampas, wanita warga China antara ditahan

Pelbagai jenis dadah yang dirampas polis di sebuah kondominium di Tanjung Lobang.
Pelbagai jenis dadah yang dirampas polis di sebuah kondominium di Tanjung Lobang.

MIRI: Seorang wanita warga China antara ditahan bersama dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Tanjung Lobang di sini awal pagi, pada Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata tangkapan itu berjaya merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai RM120,000. 

"Tangkapan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 2.25 pagi. 

"Kesemua rampasan dijadikan barang kes dan suspek dibawa ke pejabat BSJN IPD Miri untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Kesemua suspek ditahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.