Anda di sini

Pekerja am Felda Sahabat ditikam

Advertisement
KEADAAN Mangsa yang cedera.
KEADAAN mangsa yang cedera.

LAHAD DATU: Seorang pekerja am di Pusat Pembenihan Sawit di Felda Sahabat, Tungku, dekat sini cedera akibat ditikam pada paha kanan dan kiri perut dalam kejadian samun, malam Khamis.

Mangsa, 31, disyaki ditikam seorang suspek menggunakan pisau ketika sedang tidur di ruang tamu kediamannya kira-kira jam 11 malam.

Isteri mangsa ketika kejadian tidur bersama dua anak mereka di bilik utama dan hanya menyedari kejadian itu selepas suaminya mengetuk pintu dan membukanya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansur berkata mangsa berada dalam keadaan stabil setelah tindakan segera membawa mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Sahabat 16.

Menurutnya, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Lahad Datu. Bagaimanapun, sehingga petang masih belum sedarkan diri.

"Mangsa stabil dan belum dapat ditemuduga kerana diberikan ubat tidur," katanya di sini hari ini.

Siasatan awal menemukan senjata pisau di lokasi kejadian dan mendapati dua telefon bimbit telah hilang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement