Anda di sini

Miliki tiket loteri haram, lelaki didenda RM2,500

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Akibat memiliki tiket loteri haram, seorang lelaki tempatan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Lo Su Phin @ Peter Lo Su Phin, 52, selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara dua bulan kepada tertuduh sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki dua keping kertas bercetak nombor loteri haram di sebuah kedai kopi di Penampang pada 1 Disember tahun lepas.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah turut memerintahkan barangan rampasan iaitu berupa wang tunai sebanyak RM350.00 dilucutkan hak dan dikembalikan kepada kerajaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement