Anda di sini

Ketua pembangkang Congo menang pilihan raya

Advertisement
 Tshisekedi, yang diumumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden, menunjukkan reaksi kepada penyokongnya di Kinshasa, Republik Demokratik Congo, pada Khamis. — Gambar Reuters
MENANG: Tshisekedi, yang diumumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden, menunjukkan reaksi kepada penyokongnya di Kinshasa, Republik Demokratik Congo, pada Khamis. — Gambar Reuters

KINSHASA: Ketua pembangkang Congo, Felix Tshi-sekedi, telah memenangi pilihan raya presiden yang sudah lama tertangguh, umum suruhanjaya pilihan raya pada awal Khamis ketika negara itu bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan tunjuk perasaan berhubung dakwaan berlaku penipuan.

Tshisekedi, yang mendapat lebih 7 juta undi, atau 38 peratus, tidak dianggap sebagai calon yang mendahului dan kebolehannya sebagai pemerintah belum teruji. 

Anak lelaki mendiang Etienne, yang bertanding bagi jawatan presiden selama bertahun-tahun, Tshisekedi telah mengejutkan banyak pihak tahun lepas apabila beliau membebaskan diri daripada usaha pembangkang untuk bersatu di belakang calon tunggal.

Sesetengah pemerhati telah mencadangkan bahawa kerajaan Presiden Joseph Kabila berusaha membuat perjanjian memandangkan harapan untuk menang semakin pudar buat calon parti pemerintah Emmanuel Ramazani Shadary, yang mendapat lebih 4 juta undi, atau 23 peratus.

Tidak jelas sama ada calon pembangkang Martin Fayulu, yang berikrar untuk membersihkan gejala rasuah di Congo yang semakin merebak dan mendahului pengundian, akan menentang keputusan itu.

Mahkamah perlembagaan mempunyai masa 14 hari untuk mengesahkannya.

Fayulu mendapat lebih 6 juta undi, atau 34 peratus.

Ini adalah peralihan kuasa secara demokratik dan aman pertama Congo selepas mencapai kemerdekaan pada 1960. 

Kabila telah memerintah sejak 2001 di negara bergolak yang kaya dengan mineral utama bagi telefon pintar di seluruh dunia dan mengumpul kekayaan dan harta yang begitu banyak.

Beliau telah dilarang daripada berkhidmat selama tiga penggal berturut-turut, namun semasa kelewatan pilihan raya lebih dua tahun, ramai rakyat Congo bimbang Kabila akan mencari jalan untuk terus berkuasa.

Keputusan yang tertangguh itu dibuat selepas tekanan antarabangsa untuk meng-umumkan hasil yang mencerminkan kehendak rakyat.

Amerika Syarikat telah meng-ancam untuk mengenakan sekatan terhadap para pegawai yang menipu undi.

Pilihan raya yang berlangsung dalam suasana yang agak aman itu telah dicemari de-ngan kegagalan banyak me-sin pengundian yang Congo gunakan buat pertama kali.

Berpuluh-puluh pusat peng-undian telah dibuka beberapa jam lebih lewat kerana terdapat barangan yang hilang.

Dalam satu keputusan akhir, kira-kira sejuta daripada sejumlah 40 juta pengundi dihalang daripada mengambil bahagian, dengan suruhanjaya pilihan raya menyalahkan penularan virus berbahaya Ebola.

Kerajaan Congo telah me-motong perkhidmatan Internet sehari selepas pengundian bagi menghalang spekulasi di media sosial.

Semasa suruhanjaya pilihan raya bermesyuarat minggu ini, polis antirusuhan telah ber-kawal di luar bangunan tempat mesyuarat berlangsung.

Tshisekedi, 56, mengambil alih sebagai ketua parti pembangkang paling menonjol Congo pada awal 2018, setahun selepas kematian bapanya. — Bernama

Advertisement