Anda di sini

GPS terus berjuang demi rakyat, komited majukan Sarawak

Advertisement
JIWA SARAWAK....Dr Abdul Rahman (duduk empat kiri) bersama Paulus (dua kiri) Rentap,Sebastian dan Snowdan bersama rombongan melaungkan semangat GPS hari ini.
JIWA SARAWAK....Dr Abdul Rahman (duduk empat kiri) bersama Paulus (dua kiri) Rentap,Sebastian dan Snowdan bersama rombongan melaungkan semangat GPS hari ini.

LIMBANG: "Kita akan  berjuang habis-habisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 untuk memastikan GPS terus kekal menjadi pemerintah di Sarawak," kata Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail.

Berucap pada Jelajah Bendera GPS  2019 anjuran Gabungan Parti Sarawak (GPS)  di Dewan Suarah Limbang hari ini beliau berkata hasrat itu akan tercapai melalui sokongan berterusan rakyat di negeri ini.

"Pada masa sama kita juga akan berjuang berhabis-habisan untuk memastikan kerusi Batu Danau dan Bukit Kota kekal sebagai kubu kuat GPS pada PRN 2021,"katanya lagi.

Beliau berkata kerajaan di bawah GPS terus komited untuk memajukan Sarawak tercinta sekaligus mencapai negeri termaju  pada 2030.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi selepas pengenalan logo GPS, ia kini rasmi digunakan untuk  jelajah ke seluruh kawasan di Sarawak bagi program sama.

Turut sama ialah Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri Datuk Snowdan Liwan, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Kehormat Parti SUPP Sarawak Datuk Sebastian Ting, ketua rombongan, Gerald Rentap Jabu, Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat dan tetamu lain.

Hampir 1,000 orang penyokong tegar GPS hadir pada program itu diLimbang. 

Sementara itu semua hadirin yang hadir bertakafur seketika bagi memperingati pemergian mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang meninggal pada 11 Januari 2017.

Limbang menjadi destinasi kedua pengenalan pertubuhan politik berasal dari Sarawak itu.

Pengenalan logo dan lagu GPS dilaksanakan menerusi siri jelajah ke seluruh negeri selain penyerahan bendera.

Selain Lawas dan Limbang rombongan jelajah turut berkunjung ke , Miri, Bintulu, Mukah, Selangau, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Balai Ringin, Serian, Siburan, Bau, Lundu, Asajaya dan akhir sekali di Sadong Jaya.
 

  • oleh
  • Advertisement