Anda di sini

268 murid SK Batu 36 menerima bantuan sekolah

Advertisement
 Irwan (empat kiri, belakang) dan tetamu pada simbolik penyerahan bantuan pakaian seragam kepada murid-murid Tahap 1.
TERIMA KASIH: Irwan (empat kiri, belakang) dan tetamu pada simbolik penyerahan bantuan pakaian seragam kepada murid-murid Tahap 1.

SERAMAI 268 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 36, di Selangau menerima sumbangan bantuan pakaian seragam sekolah.

Bantuan diberikan menerusi Program Sinar Harapan ‘Back To School’ sumbangan Yayasan Sime Darby dan Kelab Rotary Kuching Central.

Murid-murid sekolah turut menerima bantuan beg, kasut dan alat tulis.

 Irwan (dua kanan) melakukan simbolik penyerahan bantuan kepada salah seorang murid SK Batu 36, Selangau diperhatikan Alas (dua kiri), Jong (tengah) dan tetamu.
SERAH: Irwan (dua kanan) melakukan simbolik penyerahan bantuan kepada salah seorang murid SK Batu 36, Selangau diperhatikan Alas (dua kiri), Jong (tengah) dan tetamu.
 Ibu bapa yang hadir mendaftar membolehkan untuk anak-anak menerima sumbangan bantuan pakaian seragam sekolah.
DAFTAR: Ibu bapa yang hadir mendaftar membolehkan untuk anak-anak menerima sumbangan bantuan pakaian seragam sekolah.

Wakil Yayasan Sime Darby, Irwan Fikri Hamzah dalam ucapan perasmiannya berkata program itu sebahagian daripada khidmat masyarakat syarikat terbabit.

Beliau berharap pemberian itu memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid rajin hadir ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.

Irwan juga berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan guru-guru dengan membantu anak-anak mereka belajar ketika berada di rumah.

 

Sementara itu, Guru Besar SK Batu 36, Alas Rambli mewakili murid-murid penerima dan ibu bapa berterima kasih kepada Yayasan Sime Darby dan Kelab Rotary Kuching Central.

Beliau berharap agar ada pihak badan bukan kerajaan (NGO) terus membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti dan program memperkasa prestasi akademik murid-murid sekolah itu.

Hadir sama Presiden Kelab Rotary Kuching Central Jong Kiam Ngee, Setiausaha Sulit Menteri Kerja Raya, Simon Joseph Usau dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Batu 36, Joshua Jelang.

  • oleh
  • Advertisement