Anda di sini

Remaja lari dari Arab Saudi adalah pelarian sah: UNHCR

 Gambar serahan ini yang diambil dan dikeluarkan oleh Biro Imigresen Thailand pada 7 Januari lepas menunjukkan Qunun (tengah) diiringi seorang pegawai imigresen Thai (kanan) dan pegawai UNHCR di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand. — Gambar AFP
LARI: Gambar serahan ini yang diambil dan dikeluarkan oleh Biro Imigresen Thailand pada 7 Januari lepas menunjukkan Qunun (tengah) diiringi seorang pegawai imigresen Thai (kanan) dan pegawai UNHCR di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand. — Gambar AFP

SYDNEY: Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mendapati seorang gadis remaja yang lari dari Arab Saudi adalah seorang pelarian yang sah dan meminta Australia untuk menerimanya, kata pegawai di Canberra pada Rabu.

“UNHCR telah merujuk Cik Rahaf Mohammed Al-Qunun kepada Australia untuk pertimbangan bagi penempatan semula pelarian,” Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri mengesahkan dalam satu kenyataan.

Keputusan itu menandakan kemenangan yang signifikan bagi gadis berusia 18 tahun itu, yang kini berada di Bangkok di mana menurutnya pihak berkuasa Thailand cuba menghalangnya daripada melakukan penerbangan ke Australia untuk menuntut suaka.

Jabatan hal ehwal dalam negeri berkata ia akan “me-nimbang rujukan ini dengan cara yang biasa, seperti apa yang ia buat dengan semua rujukan UNHCR”.

Pegawai Australia telah memberikan bayangan yang jelas bahawa permohonan Qunun akan diterima.

“Jika dia didapati seorang pelarian, maka itu kami akan memberi pertimbangan yang sangat, sangat, sangat serius kepada visa kemanusiaan,” kata Menteri Kesihatan Greg Hunt sebelum ketentuan PBB diumumkan.

Qunun telah mendokumenkan cubaannya untuk lari daripada keluarganya yang dikatakan menderanya dengan maklumat terkini setiap minit dalam media sosial.

Nasibnya menarik perhatian umum apabila dia mengurung diri dalam sebuah bilik hotel lapangan terbang di Bangkok untuk mengelak daripada dihantar pulang ke negara asalnya dan berkongsi puluhan mesej yang penuh ketakutan namun ingkar dalam talian dengan menegaskan tentang haknya untuk mendapatkan suaka.

Rakaman video yang dipaparkan dalam Twitter oleh seorang aktivis hak asasi manusia dari Arab Saudi kelihatan menunjukkan seorang pegawai Arab Saudi yang mengadu bahawa pihak berkuasa Thai sepatutnya menyita telefon pintar Qunun.

“Ketika dia tiba, dia membuka akaun (Twitter) baharu dan pengikutnya berkembang kepada 45,000 dalam satu hari,” katanya dalam bahasa Arab.

“Ia pasti lebih baik jika mereka menyita telefon bimbitnya dan bukan pasportnya.”

AFP tidak dapat menghubungi pihak berkuasa Arab Saudi untuk mendapatkan kenyataan tentang rakaman itu.

Arab Saudi mempunyai beberapa sekatan paling ketat di dunia ke atas wanita, termasuk sistem penjaga yang memboleh-kan anggota keluarga lelaki untuk membuat keputusan bagi pihak anggota keluarga wanita. — AFP