Anda di sini

Pengerusi NGO ditahan reman, disiasat berhubung tuntutan palsu setengah juta

Advertisement
 Seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan belia (kiri) direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan tuntutan palsu berjumlah RM500,000 Mei lalu. — Gambar Bernama
DIREMAN: Seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan belia (kiri) direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan tuntutan palsu berjumlah RM500,000 Mei lalu. — Gambar Bernama

KUALA TERENGGANU: Seorang pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan belia direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan tuntutan palsu berjumlah RM500,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim bermula semalam sehingga Selasa depan.

Lelaki berusia 38 tahun itu disiasat susulan terdapat aduan tuntutan palsu sekitar Mei tahun lalu kepada Pejabat Daerah dan Tanah Setiu bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri yang dipercayai tidak dilaksanakan.

Suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Terengganu ketika hadir memberi keterangan pada kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan. — Bernama

Advertisement