Anda di sini

Murid warganegara tanpa dokumen boleh bersekolah

Advertisement
MISTRINE (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Juhar (lima dari kanan).
MISTRINE (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Juhar (lima dari kanan).

KOTA KINABALU: Murid warganegara tanpa dokumen boleh diterima masuk meneruskan pelajaran di sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mistrine Radin berkata, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak boleh memohon dengan mengisi borang Murid Warganegara Tanpa Dokumen (MWTD) di setiap Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

“Borang berkenaan perlulah disahkan oleh ketua kampung di tempat pemohon tinggal yang boleh mengesahkan bahawa anak itu adalah anak kepada warganegara berkenaan.

“Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah untuk menyekolahkan anak yang warganegara tanpa dokumen, mereka boleh datang berjumpa dengan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) di Pejabat Pendidikan Daerah berdekatan tempat tinggal mereka.

“Paling penting, ibu bapa atau penjaga perlu mengisi borang MWTD sebagai dokumentasi anak itu bersekolah,” katanya.

Mistrine berkata, pihaknya akan mengadakan program jangkauan ke setiap daerah bagi memberi pendedahan dan taklimat kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Hj Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini.

Advertisement