Anda di sini

Dua beradik berdepan detik cemas, bot karam dipukul ombak

Advertisement
Salah seorang mangsa bot karam yang dijumpai selamat dan diberi bantuan oleh agensi-agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Salah seorang mangsa bot karam yang dijumpai selamat dan diberi bantuan oleh agensi-agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

MUKAH: Dua beradik hampir maut ketika bot yang digunakan mereka untuk mencari obor-obor karam dipukul ombak pada petang Rabu di Pantai Tunjang, Balingian.

Dua beradik itu Adeni Seruji 55 tahun dan abangnya Abdul Halim Seruji 62 tahun berdepan detik cemas itu ketika mencari obor-obor.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, mangsa pertama dijumpai di tepi pantai manakala mangsa kedua dijumpai dengan keadaan lemah sekitar jam 8.15 malam.

"Melalui maklumat mangsa pertama, kedua-duanya menyedari bahawa bot mereka telah karam dipukul ombak kuat ketika di kawasan pantai dimaksudkan," menurut kenyataan tersebut.

Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Balingian untuk rawatan lanjut.

Antara yang terlibat dalam operasi berkenaan adalah anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Pertubuhan Bomba Sukarela Balingian dan polis.

Operasi Mencari dan Menyelamat selesai sepenuhnya pada jam 8.25 malam.

  • oleh
  • Advertisement