Anda di sini

Bungkusan mencurigakan dihantar ke konsulat, kedutaan asing di Australia

Advertisement
 Hazmat dan lima kru kelihatan di luar konsulat Perancis dan konsulat India di Jalan St Kilda di Melbourne, Australia, pada Rabu. — Gambar Reuters
KECEMASAN: Hazmat dan lima kru kelihatan di luar konsulat Perancis dan konsulat India di Jalan St Kilda di Melbourne, Australia, pada Rabu. — Gambar Reuters

MELBOURNE: Polis Australia sedang menyiasat penghantaran bungkusan yang mencurigakan ke konsulat dan kedutaan asing di Melbourne dan Canberra, kata sumber kedutaan dan polis kepada AFP pada Rabu.

Bungkusan tersebut – yang masih diperiksa tetapi dipercayai tidak berbahaya – dihantar ke kemudahan di ibu negara dan beberapa alamat di bandar raya selatan Australia itu, polis mengesahkan.

“Bungkusan sedang diperiksa oleh badan kecemasan,” Polis Persekutuan Australia menyebut dalam satu kenya-taan.

Konsulat Britain di Melbourne adalah antara tempat yang disasari.

“Kami sedang berhubung rapat dengan Polis Persekutuan Australia dan pihak berkuasa tempatan mengenai situasi ini. Semua kakitangan kami selamat dan sudah diambil kira,” kata seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi Britain.

Konsulat Amerika Syarikat di bandar raya itu berkata ia turut menerima bungkusan “mencurigakan” yang menurut seorang jurucakap dikendalikan selaras dengan Briged Bomba Melbourne dan Polis Persekutuan Australia, yang “menyiasat in-siden itu”.

Sebuah badan tindak balas kerajaan, Vic Emergency, melaporkan beberapa kes bahan berbahaya yang dijumpai di beberapa tempat di bandar raya itu pada Rabu, termasuk dekat konsulat Sepanyol, Jepun, Mesir, India dan Pakistan.

“Keadaan sekitar insiden itu sedang disiasat,” kata Polis Persekutuan Australia. — AFP

Advertisement