Anda di sini

Siaran langsung Anugerah Golden Globe yang ke-76 di saluran E!

 Gambar fail bertarikh 7 Januari 2018 ini menunjukkan pelakon dan pengarah Angelina Jolie (kiri) dan anak lelakinya Pax Thien Jolie-Pitt semasa Anugerah Golden Globe ke-75 yang diadakan di  Beverly Hilton Hotel di Beverly Hills, California. Anugerah Golden Globe yang ditunggu-tunggu kembali lagi dan akan disiarkan secara langsung dan meluas di saluran E!.    — Gambar AFP
KEMBALI: Gambar fail bertarikh 7 Januari 2018 ini menunjukkan pelakon dan pengarah Angelina Jolie (kiri) dan anak lelakinya Pax Thien Jolie-Pitt semasa Anugerah Golden Globe ke-75 yang diadakan di Beverly Hilton Hotel di Beverly Hills, California. Anugerah Golden Globe yang ditunggu-tunggu kembali lagi dan akan disiarkan secara langsung dan meluas di saluran E!. — Gambar AFP

KETIKA bintang-bintang senarai-A dan Hollywood bersama-sama meraikan mereka yang terbaik dalam filem dan televisyen seperti dipilih oleh Hollywood Foreign Press, Ryan Seacrest dan Giuliana Rancic sekali lagi akan menjadi hos bersama untuk ‘E! Live From the Red Carpet: The 2019 Golden Globe Awards’ di mana mereka akan membawakan kepada penonton temu bual paling spontan dan tulen dengan bintang terbesar  Hollywood dan calon-calon, di samping hos bersama Nightly Pop Morgan Stewart dan Nina Parker.

E! akan membawakan kepada penonton liputan pelbagai platform tanpa saingan sama ada ke udara, di digital dan hingga ke mudah alih dan laman sosial secara langsung dari The Beverly Hilton di Beverly Hills, California bermula jam 7.00 pagi ini (Isnin, 7hb Januari).

Siri semasa lewat malam terbaru E!, Busy Tonight, dihoskan oleh pelakon, pengarang New York Times Best Selling, dan sensasi media sosial, Busy Philipps, akan menyiarkan pada Selasa, 8hb Januari jam 9.00 malam  satu episod khas sejam berjudul ‘Busy Tonight Live: Golden Globes After Party’ sempena Anugerah Golden Globe.

Tetamu selebriti akan singgah di pertunjukan lewat malam itu untuk berkongsi detik-detik terbesar Golden Globe, anugerah yang dimenangi dan sorotan fesyen dari acara yang ditunggu-tunggu bagi meraikan wayang gambar dan televisyen itu.

Sebagai tambahan, pelakon dan pelawak Tom Lenk akan mengadili pasukan Busy Tonight ketika mereka cuba untuk membangunkan semula rupa paling tidak dapat dilupakan pada malam itu menggunakan barangan isi rumah.

Liputan meluas E! bermula dengan ‘E! Countdown to the Red Carpet: The 2019 Golden Globe Awards’ yang menampilkan bintang Very Cavallari Kristin Cavallari, hos bersama The Real Jeannie Mai, jurugaya selebriti Brad Goreski, Nina Parker, koresponden E! News Kristin Dos Santos dan wartawan E! News Style Zanna Roberts Rassi di mana mereka menunggu bintang-bintang paling dijangka yang akan menjejaki permaidani Golden Globe.

Kegemaran ramai E! Glambot akan melakukan kemunculan semulanya di Golden Globes bersama pengarah kreatif Cole Walliser - pengarah video muzik untuk bintang-bintang pop seperti P!nk, Katy Perry dan Miley Cyrus - dalam pucuk pimpinan untuk menawan detik-detik permaidani merah yang lain daripada yang lain dalam satu cara inovatif dan menakjubkan, dan membawa peminat bahkan lebih dalam ke dalam semua aksi itu, secara kebetulan.

Sebelum pesta Isnin bermula, E! News akan menyiarkan liputan khas Golden Globes di mana hos bersama Giuliana Rancic dan Jason Kennedy membawakan kepada penonton satu pratonton peristiwa penting termasuk satu temubual dengan hos Golden Globes Sandra Oh dan Andy Samberg dan ramalan siapa yang akan membawa balik trofi.

Senarai calon kategori utama Golden Globe

- FILEM -

Filem terbaik, drama

‘Black Panther’

‘BlacKkKlansman’

‘Bohemian Rhapsody’

‘If Beale Street Could Talk’

‘A Star Is Born’

Filem terbaik, muzikal atau komedi

‘Crazy Rich Asians’

‘The Favourite’

‘Green Book’

‘Mary Poppins Returns’

‘Vice’

Aktor terbaik, drama

Bradley Cooper, ‘A Star Is Born’

Willem Dafoe, ‘At Eternity’s Gate’

Lucas Hedges, ‘Boy Erased’

Rami Malek, ‘Bohemian Rhapsody’

John David Washington, ‘BlacKkKlansman’

Aktres terbaik, drama

Glenn Close, ‘The Wife’

Lady Gaga, ‘A Star Is Born’

Nicole Kidman, ‘Destroyer’

Melissa McCarthy, ‘Can You Ever Forgive Me?’

Rosamund Pike, ‘A Private War’

Aktor terbaik, muzikal atau komedi

Christian Bale, ‘Vice’

Lin-Manuel Miranda, ‘Mary Poppins Returns’

Viggo Mortensen, ‘Green Book’

Robert Redford, ‘The Old Man & The Gun’

John C. Reilly, ‘Stan & Ollie’

Aktres terbaik, muzikal atau komedi

Emily Blunt, ‘Mary Poppins Returns’

Olivia Colman, ‘The Favourite’

Elsie Fisher, ‘Eighth Grade’

Charlize Theron, ‘Tully’

Constance Wu, ‘Crazy Rich Asians’

Aktor pembantu terbaik

Mahershala Ali, ‘Green Book,’

Timothee Chalamet, ‘Beautiful Boy’

Adam Driver, ‘BlacKkKlansman’

Richard E. Grant, ‘Can You Ever Forgive Me?’

Sam Rockwell, ‘Vice’

Aktres pembantu terbaik

Amy Adams, ‘Vice’

Claire Foy, ‘First Man’

Regina King, ‘If Beale Street Could Talk’

Emma Stone, ‘The Favourite’

Rachel Weisz, ‘The Favourite’

Pengarah terbaik

Bradley Cooper, ‘A Star Is Born’

Alfonso Cuaron, ‘Roma’

Peter Farrelly, ‘Green Book’

Spike Lee, ‘BlacKkKlansman’

Adam McKay, ‘Vice’

Filem bahasa asing terbaik

‘Capernaum’ (Lebanon)

‘Girl’ (Belgium)

‘Never Look Away’ (Germany)

‘Roma’ (Mexico)

‘Shoplifters’ (Japan)

Filem animasi terbaik

‘Incredibles 2’

‘Isle of Dogs’

‘Mirai’

‘Ralph Breaks the Internet’

‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’

- TELEVISYEN -

Siri drama terbaik

‘The Americans’ (FX)

‘Bodyguard’ (Netflix)

‘Homecoming’ (Amazon)

‘Killing Eve’ (BBC America)

‘Pose’ (FX)

Aktor drama terbaik

Jason Bateman, ‘Ozark’

Stephan James, ‘Homecoming’

Richard Madden, ‘Bodyguard’

Billy Porter, ‘Pose’

Matthew Rhys, ‘The Americans’

Aktres drama terbaik

Caitriona Balfe, ‘Outlander’

Elisabeth Moss, ‘The Handmaid’s Tale’

Sandra Oh, ‘Killing Eve’

Julia Roberts, ‘Homecoming’

Keri Russell, ‘The Americans’

Siri muzikal atau komedi terbaik

‘Barry’ (HBO)

‘The Good Place’ (NBC)

‘Kidding’ (Showtime)

‘The Kominsky Method’ (Netflix)

‘The Marvelous Mrs. Maisel’ (Amazon)

Aktor muzikal atau komedi terbaik

Sacha Baron Cohen, ‘Who Is America’

Jim Carrey, ‘Kidding’

Michael Douglas, ‘The Kominsky Method’

Donald Glover, ‘Atlanta’

Bill Hader, ‘Barry’

Aktres muzikal atau komedi terbaik

Kristen Bell, ‘The Good Place’

Candice Bergen, ‘Murphy Brown’

Alison Brie, ‘GLOW’

Rachel Brosnahan, ‘The Marvelous Mrs. Maisel’

Debra Messing, ‘Will & Grace’