Anda di sini

Lebih 300 premis diperiksa sejak 1 Januari

Advertisement
ISMUNI (tengah) memberi penerangan secara bersemuka dengan beberapa pelanggan di sebuah premis makanan yang diperiksa.
ISMUNI (tengah) memberi penerangan secara bersemuka dengan beberapa pelanggan di sebuah premis makanan yang diperiksa.

LABUAN: Lebih 300 premis makanan diperiksa Jabatan Kesihatan Labuan sejak 1 Januari 2019 dalam aktiviti Penguatkuasaan Secara Pendidikan bagi Pewartaan Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok.

Menurut Pengarahnya, Dr.Ismuni Bohari, daripada jumlah itu sebanyak 84 notis peringatan dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang tidak mempamerkan tanda larangan merokok.

"Dalam tempoh tersebut juga tiada sebarang notis dikeluarkan kepada orang awam atas kesalahan merokok di premis makanan.

"Sebanyak 500 lebih risalah juga telah diedarkan termasuk membuat perjumpaan bersemuka bersama lebih 5 ribu orang masyarakat di Labuan,"katanya.

Jelasnya, adalah menjadi tanggungjawab  semua pemilik, pengusaha atau tuan punya premis termasuk trak makanan (food truck) agar memastikan tanda larangan merokok yang jelas diletakkan di tempat yang boleh dilihat, dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan tiada orang yang merokok dengan tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bekas abu rokok dan sebagainya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Operasi Bersepadu bersama Perbadanan Labuan yang baharu dijalankan malam semalam.

Advertisement