Anda di sini

Dua warga asing ditahan tidak miliki dokumen sah

Advertisement
KEDUA-DUA suspek yang ditahan pihak PPM Sandakan kerana tidak memiliki dokumen sah.
KEDUA-DUA suspek yang ditahan pihak PPM Sandakan kerana tidak memiliki dokumen sah.

SANDAKAN: Dua lelaki warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan kerana didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, di perkampungan pesisir pantai Kampung Tabangka di sini petang Ahad.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kedua-dua suspek masing-masing berumur 49 dan 20 tahun ditahan semasa rondaan operasi Ops Bersepadu Khas yang dijalankan pihaknya kira-kira jam 1.10 petang.

"Semasa menjalankan rondaan operasi menggunakan botronda PSC 13 dan PSC 63 diketuai oleh Insp Andy bersama tujuh anggota PPM dan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran telah membuat pemeriksaan di perkampungan persisir pantai Kampung Tabangka.

"Dalam operasi itu, dua orang lelaki telah ditahan dan diperiksa, dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata kedua-duanya ditangkap dan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Pajeri, operasi bersepadu yang dilaksanakan di antara PPM dengan PGA adalah berkonsepkan intra dalam menjalankan tugas kepolisan dengan cara aturgerak bersama. 

  • oleh
  • Advertisement