Anda di sini

Drama baharu Suzy dan Lee Seung Gi ‘Vagabond’ akan disiarkan pada Mei

Advertisement
TERAJU UTAMA: SUZI dan LEE SEUNG GI

DRAMA baharu lakonan Suzy dan Lee Seung Gi, ‘Vagabond’ akan mula ditayangkan di SBS pada Mei depan, seperti yang disahkan oleh seorang wakil dari rangkaian itu baru-baru ini.

Menurut rangkaian itu, episod pertama drama dijadual akan ditayangkan pada pertengahan Mei, dan drama bakal mengisi slot masa pada hari Rabu dan Khamis.

‘Vagabond’ mengisahkan tentang seorang pelakon lagak ngeri, dimainkan oleh Lee Seung Gi, yang terselamat dari satu nahas kapal terbang dan mendapat tahu punca nahas berkemungkinan adalah satu konspirasi terancang.

Suzy berlakon sebagai seorang pegawai kerajaan yang menyamar yang mendapati dirinya terlibat sama dalam kes itu. Ini merupakan kali kedua mereka berlakon dengan satu sama lain selepas muncul dalam drama khayalan bersejarah ‘Gu Family Book’ pada 2013.

Pengeluar ‘Incarnation Of Money’ Yoo In Sik dan penulis lakon layar Jang Young Chul dan Jung Kyung Soon turut terlbat dalam pertunjukan ini.

Advertisement