Anda di sini

Tiga lagi pemain Persipon cuba nasib sarung jersi Sarawak

Advertisement
 Rian (kiri) melakukan larian pada sesi latihan di Padang D, Petra Jaya.
PAMER KEBOLEHAN: Rian (kiri) melakukan larian pada sesi latihan di Padang D, Petra Jaya.

KUCHING: Tiga lagi pemain kelab Persipon, Pontianak akan mencuba nasib untuk menyarung jersi Sarawak pada musim ini.

Menurut Penasihat Pasukan, Awang Mahyan Awang Mohamed ketiga-tiga pemain itu akan tiba hari ini dan akan terus diuji pada sebelah petang.

Ketika ini, seorang lagi pemain dari kelab sama, Rian Nugraha Yukandi, 20, telah mula menyertai sesi latihan bersama Sarawak.

Pemain perancang itu mula berlatih bersama pasukan Sarawak sejak 31 Disember lalu.

Pengurus Sarawak Hamzah Brahim memberitahu pihaknya kini dalam proses meneliti prestasi semasa pemain itu.

“Kita akan lihat dulu prestasi beliau (Rian) termasuk pemain-pemain lain yang akan turut serta dalam sesi ujian sebelum mengambil sebarang keputusan dalam masa terdekat,” katanya.

“Kita akan berbincang dengan jurulatih untuk menetapkan pemain mana yang akan dipilih.”

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan di Semenanjung Malaysia sebagai jelajah pramusim sebaik pemilihan pemain telah lengkap sepenuhnya.

Bagaimanapun, tarikh dan pasukan yang akan ditentang masih belum diputuskan.

Advertisement