Anda di sini

Anugerah Televisyen Asia janjikan artis terkemuka, 11 - 13 Januari ini

Advertisement
DIANA DANIELLE
DIANA DANIELLE

KUCHING: Anugerah Televisyen Asia (ATA) akan dianjurkan di Malaysia buat kali pertama dan menjanjikan senarai artis terkemuka sebagai calon finalis atau penyampai di bandar raya Kuching pada 11 hingga 13 Januari ini.

Menurut kenyataan medianya semalam, edisi ke-23 anugerah berprestij itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Bekas VJ MTV Asia May Wan dan Choy Wan bersama Adrian Jalaludin, Wallace Ang dan Mark Zambrano akan bekongsi pentas sebagai pengacara pada malam penghargaan industri terbesar Asia ini.

ATA bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan dalam penghasilan karya serta prestasi keseluruhan dan sebanyak 42 kategori anugerah akan dipertandingkan.

Anugerah itu telah menarik beratus-ratus penyertaan setiap tahun daripada pelbagai syarikat penyiaran, termasuk stesen TV bebas-ke-udara, platform TV berbayar, perkhidmatan saluran digital serta banyak studio produksi bebas di rantau Asia.

Barisan panel juri seramai 50 orang telah dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa.

ADRIAN ALANDY
ADRIAN ALANDY

Calon finalis untuk kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik adalah Ali Lee dalam ‘My Ages Apart’, Son Ye-Jin dalam ‘Something in the Rain’ dan Maylada Susri dalam ‘The Swan and The Dragons’ manakala Adrian Alandy dalam ‘Tabi Po The Series’ dan Louis Scott dalam ‘BUPPAE SANNIVAS (LOVE DESTINY)’ telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Terdapat persaingan sengit untuk kategori Anugerah Penyampai Terbaik atau PengacaraTerbaik di mana calon berbakat seperti Kitti Cheawwongkul dalam rancangan ‘Roo Mai Krai Sod (Do you know who is available)’, Ray Macdonald, melalui rancangan pengembaraannya ‘Food Tribe’, Hua Gua, Ah Xiang dan Xie Xin dalam ‘Happy Together’ dan Varavuth Jentanakul yang menerima pencalonan daripada bakat pengacaraanya untuk rancangan kuiz yang paling mendebarkan di Thailand, ‘Still Standing Thailand’.

NAD ZAINAL
NAD ZAINAL

ATA itu juga akan dihadiri oleh Louis Hesse dari Thailand dan ramai bintang terkemuka Malaysia yang termasuk, Nad Zainal, dan Diana Danielle.

ATA memilih Sarawak untuk edisi ke-23 bersempena dengan kempen Tahun Melawat Sarawak 2019.

Anugerah berprestij itu disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Hamzah berkata Kempen Melawat Sarawak 2019 dijangka akan memperlihat peningkatan dalam industri pelancongan dengan acara bertaraf dunia seperti ini selain menarik ramai bintang-bintang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kali pertama.

“Kami juga akan menganjurkan konsert untuk orang awam pada 13 Januari ini di BCCK untuk lebih memeriahkan sambutan ini,” katanya.

ATA telah mengumumkan senarai finalis bagi setiap kategori di platform media sosialnya dan laman sesawang rasmi di https://www.asiantvawards.com/.

Peserta ATA terdahulu merangkumi 200 saluran di seluruh Asia seperti KBS, NHK, HBO, CNN, Bloomberg, BBC, AL-JAZEERA, TV18, Discovery Networks, Imagine Group, Viacom International Media Networks, Astro, Media Prima, Pt Televisi Indonesia, Mediacorpp, CGTN, PCCW, Formosa, ABS-CBN, BBTV, SMG dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti @Asiantvawards.

Advertisement