Anda di sini

Sabah belum kuatkuasa larangan merokok di premis

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri belum memutuskan sama ada larangan merokok di premis makanan turut dikuatkuasakan di negeri ini.
    
Timbalan Ketua Mentreri, Datuk Christina Liew berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.
    
"Sepatutnya kita ada mesyuarat Kabinet hari ini (Rabu) tetapi ada beberapa Menteri Kabinet masih bercuti. Jadi mesyuarat Kabinet akan hanya diadakan minggu depan," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampikan sumbangan keperluan asas kepada Pusat Pengajian Tahfiz, Bandaraya Kota Kinabalu dan sumbangan kepada Masjid Usia,  Bandaraya Kota Kinabau, di sini pada Rabu.
    
Christina, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, perkara ini perlu diteliti secara mendalam kerana ia melibatkan kedatangan pelancong .
    
"Saya punya kebimbangan adalah pelancong...macamana  mereka mahu merokok bila datang ke Sabah. Perkara ini  agak sukar sedkit," katanya.
    
Beliau berkata, tidak mungkin Sabah akan mengikuti semua yang dilaksanakan di Semananjung. Sarawak juga dikecualikan daripada larangan itu.
    
"Bagaimanapun kita tunggu perbincangan itu pada mesyuarat Kabinet minggu depan," katanya.
    
Christina juga menyatakan kebimbangannya terhadap langkah Jabatan Imigrsen menghentikan visa untuk pelancong dari negara China.
    
"Saya bimbang bila baca berita ini dalam surat akhbar. Tahun Baru Cina akan tiba dan dijangkakan ramai pelancong dari China akan datang melawat Sabah.
    
Jika visa ini dihentikan dan tidak dilanjutkan ia akan menjejaskan kedatangan pelancongan China ke Sabah.
    
Saya akan bawa perkara ini pada mesyuarat Kabinet dan kemukannya kepada Ketua Menteri, diharap kita dapat keputusan yang baik," katanya.

  • oleh
  • Advertisement