Anda di sini

Bantahan tidak boleh diterima sama sekali, kata Christina.

Advertisement
CHRISTINA (kanan) menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada Pusat Pengajian Tahfiz, Bandaraya Kota Kinabalu dan sumbangan kepada Masjid Usia,  Bandaraya Kota Kinabalu.
CHRISTINA (kanan) menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada Pusat Pengajian Tahfiz, Bandaraya Kota Kinabalu dan sumbangan kepada Masjid Usia,  Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Memorandum bantahan terhadap penganjuran sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru di Tawau tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negeri yang mengamalkan keharmionian pebagai kaum dan agama.
    
"Perkara ini tidak boleh diterima sama sekali," tegas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew kepada pemberita selepas menyampikan sumbangan keperluan asas kepada Pusat Pengajian Tahfiz, Bandaraya Kota Kinabalu dan sumbangan kepada Masjid Usia,  Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.
    
Christina berkata, sambutan seumpama itu telah disambut setiap tahun sejak 30 tahun yang lalu dan tidak pernah ada sebarang bantahan dibuat.
    
Menurut Christina, beliau dan Ahli Parlimen Kalabakan Mahmum Sulaiman telah hadir untuk merayakan sambutan itu bersama ribuan warga Tawau.
    
"Apa mahu bantah-bantah...ini acara tahunan. Sejak 30 tahun lalu kita telah merayakannya, kenapa tiba-tiba bantah," katanya.
    
"Presiden Star (Parti Soladiriti Tanah Airku), Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut mengutuk bantahan itu dalam facebooknya," katanya, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
    
Christina berkata, Ketua Warisan Tawau dan Kalabakan telah membuat laporan polis mengenai bantahan itu, dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau juga  akan membuat laporan yang sama pada hari ini (Rabu), dan kita serah kepada polis untuk membuat siasatan," katanya.
    
"Kita harap rakyat Sabah akan terus hidup dalam keadaan harmoni dan tidak mahu terlibat dengan perkara seperti ini.
    
"Pendirian kita jelas bahawa Sabah dihuni rakyat pelbagai kaum dan agama yang mengutamakan keharmonian dan perpaduan. Tidak lama lagi Tahun Baru Cina akan tiba, disusuli Hari Raya, dan Pesta Kaamatan.
    
Semua perayaan ini kita rayakan bersama-sama," katanya.

  • oleh
  • Advertisement