Anda di sini

Rumah separuh kekal musnah terbakar

Advertisement
ANGGOTA bomba melakukan pemadaman api di rumah terbakar di Kampung Siasai Dandau di sini.
ANGGOTA bomba melakukan pemadaman api di rumah terbakar di Kampung Siasai Dandau di sini.

KOTA BELUD: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Siasai Dandau musnah terbakar pada pagi tadi.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Rozlan Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 11.17 pagi.

Menurutnya seramai 12 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi bagi melakukan kerja pemadaman.

“Anggota kita menggunakan sumber air dari jentera bagi memadam kebakaran dan api berjaya dikawal jam 11.55 pagi.

“Kejadian bagaimanapun memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal seluas 30X40 kaki persegi.

“Syukurlah tiada kecederaan dan kematian dalam kes ini dan operasi ditamatkan jam 12.21 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement