Anda di sini

Dua premis disaman operasi tanpa lesen hiburan

Advertisement
NASRI MANSUR
NASRI MANSUR

LAHAD DATU: Polis daerah mengeluarkan dua saman premis tanpa lesen hiburan, 71 saman kenderaan dan memeriksa 135 orang di sekitar bandar dan taman perumahan dalam Ops Ambang Tahun Baharu 2019 Daerah Lahad Datu, pada Selasa.

Operasi yang bermula jam 8 malam hingga 5 pagi itu menyaksikan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansur turun padang mengetuai operasi bersama 10 pegawai kanan, 109 anggota.

Sasaran pusat-pusat hiburan yang menjadi tumpuan kunjungan orang ramai untuk meraikan sambutan tahun baharu 2019 memeriksa empat premis hiburan dan dua daripadanya didapati tidak mempunyai lesen hiburan yang ditetapkan.

Pada kenyataan rasmi yang dikongsikan Nasri pada Rabu menyatakan seramai 79 orang menjalani pemeriksaan dan urien manakala 10 lelaki dan empat wanita telah ditahan.

Jumlah itu termasuk empat orang di bawah umur yang disyaki bersalah mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

Menurut Nasri pada Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di empat lokasi sekatan jalanraya iaitu di Jalan Lahad Datu - Tungku (Kaka Plastik), Jalan Lahad Datu - Sandakan (SRJK Yuk Choi), Jalan Lahad Datu - Tawau (SMK Sepagaya) dan sebanyak 41 kenderaan diperiksa dengan melibatkan 56 orang diperiksa.  xq    

Lima motosikal dirampas dan 71 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement