Anda di sini

Masih tiada perkembangan kes culik tiga nelayan

Advertisement
PELEPASAN peserta acara berbasikal.
PELEPASAN peserta acara berbasikal.

KOTA KINABALU: Polis masih menunggu sebarang panggilan berhubung kes culik membabitkan tiga nelayan dalam kejadian di peraiaran Pegasus Reef Kinabatangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima panggilan sama ada daripada suspek atau pihak lain.

"Panggilan pertama mangsa menghubungi isterinya pada 6 Disember lepas dan kita masih menunggu panggilan sehingga kini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis Hari Keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah di sini pada Ahad.

Omar berkata, sehingga kini masih belum ada perkembangan terkini berhubung kejadian culik itu.

Dalam kejadian 6 Disember lepas, tiga nelayan yang dikenali sebagai Heri Ardiansyah, 19, Jari Abdullah, 34, dan Hariadin, 45, dilaporkan hilang selepas bot yang digunakan mangsa ditemukan kosong.

Salah seorang mangsa dilaporkan menghubungi isterinya dan memaklumkan mereka diculik.

Dalam pada itu, hampir 1,000 peserta melibatkan pegawai, pegawai awam dan anggota Kontinjen PDRM Sabah menjayakan program hari keluarga yang berlangsung selama dua hari itu.

Menurutnya, antara acara yang dijalankan termasuklah 'Family Run' sejauh 4.2 kilometer, berbasikal sejauh 31.2 kilometer dan juga sukaneka.

Sambutan menggalakkan itu bukan sahaja melibatkan kakitangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), malah turut dijayakan warga Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

  • oleh
  • Advertisement