Anda di sini

Bot pam dirampas disyaki diguna bom ikan

Advertisement
BOT pam yang digunakan suspek disyaki mengebom ikan.
BOT pam yang digunakan suspek disyaki mengebom ikan.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu merampas sebuah bot pam dipercayai digunakan pemiliknya mengebom ikan di perairan Taba Batang (Hammerhead), Tungku, pada Sabtu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata bot itu ditahan ketika sedang digunakan pemiliknya menjalankan aktiviti mengebom ikan.

Katanya, hasil maklumat awam Operasi Gelora menggerakan aset botronda RH 42 ke lokasi seterusnya mendekati dan menahan bot pam itu jam 5.05 petang.

"Tiada tangkapan dibuat kerana setelah menyedari kehadiran pasukan kami, suspek seorang lelaki melarikan diri dengan meninggalkan bot di pesisir pantai," katanya dalam kenyataannya pada Ahad.

Pajeri berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot ditemukan peralatan dipercayai untuk aktiviti mengebom ikan iaitu satu gulung hos kuning, satu unit jaring ikan, ikan pelbagai jenis dengan berat lebih kurang 25 kilogram. 

Kesemua bukti termasuk bot dan sebuah enjin pam jenama Jiang Dong 16 hp dengan nilai anggaran RM4,000 dirampas dan ditunda ke Pangkalan Marin Lahad Datu. 

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau terus berharap kerjasama orang ramai dengan tindakan melaporkan aktiviti meragukan di perairan diteruskan bagi membenteras kegiatan jenayah.

"Jenayah mengebom ikan perlu sama-sama dibenteras kerana ianya jenayah alam sekitar yang memudaratkan ekosistem maritim," katanya.

  • oleh
  • Advertisement