Anda di sini

Anggota bomba terkena renjatan elektrik selamat

Advertisement
API marak yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Lotong Kota Marudu.
API marak yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Lotong Kota Marudu.

KOTA MARUDU: Seorang anggota bomba terselamat selepas terkena renjatan elektrik semasa memadam api dalam kebakaran di Kampung Lotong di sini pada Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai Latif Muhamad Sabindo Latapa, 28, dilaporkan mengalami kebas badan namun kembali stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kota Marudu.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 8.20 malam membabitkan sebuah rumah yang musnah keseluruhannya dan sebuah kereta yang terbakar 10 peratus.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini berjaya mengawal api dari merebak pada jam 9.09 malam dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.57 malam.

  • oleh
  • Advertisement