Anda di sini

TPM tiba di Sabah rasmikan MRTM Krismas 2018

Advertisement
AZIZAH (dua dari kiri) bersalaman dengan oramg ramai yang turut menyambut ketibaannya.
AZIZAH (dua dari kiri) bersalaman dengan oramg ramai yang turut menyambut ketibaannya.

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Sabah untuk merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2018, malam ini.

Ketibaan beliau dengan pesawat khas di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 6.30 petang tadi, disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew. 

Turut menyambut ketibaan beliau,  Penganjur MRTM Krismas yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass serta Ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri. 

Wan Azizah dijadualkan berlepas balik ke ibu negara sejurus selesai majlis berkenaan yang diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

  • oleh
  • Advertisement