Anda di sini

Masalah kekurangan bekalan air Hospital Beluran selesai

Advertisement
AMARJIT SINGH
AMARJIT SINGH

KOTA KINABALU: Masalah kekurangan bekalan air di Hospital Beluran kembali pulih sepenuhnya setelah paip di Loji Rawatan Air Muanad diperbaiki pada 26 Disember. 

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Amarjit Singh berkata, masalah tekanan air yang rendah di Sandakan bertambah teruk apabila paip pengepam utama

Loji Rawatan Air Muanad pecah pada 26 Disember lalu. 

"Ia disebabkan kerosakan yang berlaku, pengeluaran air berkurang dan pengepam juga gagal berfungsi untuk mengisi tiga tangki simpanan air utama yang kosong.

"Bagaimanapun, pengeluaran air kembali meningkat pada keesokan harinya setelah paip yang pecah itu dibaiki," katanya ketika mengulas aduan orang awam tentang kekurangan bekalan air yang berlaku di Hospital Beluran pada Jumaat. 

Beliau berkata, Jabatan Air Sandakan akan segera membekalkan air ke hospital itu sebaik sahaja tangki simpanan air penuh.

Amarjit turut memberikan jaminan bahawa bekalan air di seluruh Sandakan akan dipulihkan secara berperingkat. 

Baru-baru ini, orang awam termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan Datuk Masidi Manjun melalui laman Twitter (sic) memohon orang ramai termasuk

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menderma air mineral kepada Hospital Beluran berikutan bekalan air yang terputus.

Sementara itu, Pengarah Hospital Beluran Dr Sylvester Lajau berkata, isu bekalan air yang dihadapi sudah berlaku sejak sebulan lalu. 

Katanya, pihaknya juga telah menerima notis yang memberitahu bahawa masalah gangguan bekalan air itu akan menjejaskan seluruh daerah sehingga bulan Februari.

KEADAAN paip pecah yang menjejaskan bekalan air.
KEADAAN paip pecah yang menjejaskan bekalan air.

"Untuk hospital, usaha telah dilakukan dengan mengaktifkan pelan kontinjensi kami untuk membekalkan bekalan air secara manual ke tangki hospital ini.

"Jumlah bekalan air ini hanya mencukupi penggunaan harian sahaja," katanya.

Menurutnya, aduan itu dilakukan oleh kakitangan hospital memandangkan tiada bekalan air disalurkan ke kuarters untuk kegunaan harian.

Sylvester turut menjelaskan bahawa pihak hospital turut menerima sumbangan sebanyak 200 kotak air mineral daripada NGO pada Jumaat. Sumbangan itu digunakan sepenuhnya untuk pesakit dalam hospital berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement