Anda di sini

JHL Lahad Datu lancar operasi cari dan tangkap buaya 

Advertisement
MANGSA yang sempat diselamatkan selepas kejadian.
MANGSA yang sempat diselamatkan selepas kejadian.

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Daerah Lahad Datu akan bekerjasama dengan pengurusan ladang Felda Sahabat di Tungku bagi mencari dan menangkap buaya dari terus mengancam nyawa.

Pegawainya, Silvester Saimin berkata tindakan itu diambil susulan berlakunya kes seorang lagi mangsa dicederakan buaya di Felda Sahabat 25 pada Sabtu.

Menurutnya, tumpuan utama operasi di sekitar kawasan mangsa dicederakan dan perancangan akan datang akan menyusul bagi mengatasi masalah itu dari berulang.

"Tiga kakitangan jabatan telah bertindak pergi ke lokasi seterusnya memantau keadaan di sana.

"Tindakan seterusnya, operasi akan menyusul dengan kerjasama semua pihak termasuk pengurusan ladang," katanya.

Pada kejadian Sabtu jam 1.45 petang, seorang isteri pekerja ladang meninggal dunia selepas mengalami cedera di bahagian kaki dibaham buaya ketika turun ke tebing sungai mencari sayur.

Mangsa, Marselina Oematan,dikatakan tiba-tiba disambar buaya namun sempat diselamatkan jiran yang mendengar jeritannya meminta tolong.

Mangsa kemudian sempat dibawa ke sebuah klinik di Cenderawasih untuk rawatan dan dirujuk ke Klinik Desa Kencana sebelum dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan namun mangsa meninggal dunia.

  • oleh
  • Advertisement