Anda di sini

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar

Advertisement
PASUKAN bomba melakukan operasi memadam kebakaran sebuah rumah tidak berpenghuni.
PASUKAN bomba melakukan operasi memadam kebakaran sebuah rumah tidak berpenghuni.

KINABATANGAN: Sebuah rumah tidak berpenghuni musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Rancangan Suan Lamba, Peringkat 2, Kota Kinabatangan dekat sini petang Khamis. 

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan telah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 5.29 petang. 

Sejurus kemudian, sebuah jentera yang diketuai Ketua Balai PPgB Nurul Azlan Shah bersama empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dengan jarak 43 kilometer. 

Laporan awal menyatakan kebakaran itu melibatkan sebuah rumah tidak berpenghuni jenis tidak kekal dengan keluasan 50’ x 40’ yang telah terbakar sepenuhnya. 

Pasukan bomba kemudian berusaha memastikan kebakaran padam sepenuhnya sehingga kawasan diisytihar selamat. 

Operasi dilaporkan terkawal pada jam 6.39 petang dan tamat pada jam 7.04 malam. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. 

  • oleh
  • Advertisement