Anda di sini

PPM Tawau patahkan penyeludupan barang kawalan

Advertisement
ANGGOTA PPM Tawau memeriksa bot laju yang membawa barang kawalan.
ANGGOTA PPM Tawau memeriksa bot laju yang membawa barang kawalan.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barang kawalan dalam Op Gelora di kawasan laut Hj Kuning, di sini petang Khamis. 

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, PPM Tawau yang diketuai Sjn Samburani Budjali telah menahan dan memeriksa sebuah bot laju yang dikendalikan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun. 

"Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit mendapati tiga tong gas dan 68kg minyak masak pelbagai jenama tanpa dokumen dan surat-surat pengesahan daripada pihak KPDNKK untuk membawa barang kawalan berkenaan," katanya menerusi kenyataan media di sini pada Jumaat. 

Menurutnya, nilai rampasan termasuk bot dan injin 40hp dianggarkan berjumlah RM16,606.40 manakala kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Perkara 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. 

  • oleh
  • Advertisement