Anda di sini

Lima PTI ditahan cuba masuk perairan negara

Advertisement
WARGANEGARA Indonesia yang ditangkap ketika cuba memasuki perairan negara tanpa dokumen.
WARGANEGARA Indonesia yang ditangkap ketika cuba memasuki perairan negara tanpa dokumen.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menahan lima  pendatang tanpa izin masuk ke negara ini di kawasan perairan Sungai Membalua, di sini petang Khamis. 

Pengarah Zon Maritim Tawau Kapten Maritim Romli Hj Mustafa berkata, anggota Maritim telah menahan sebuah bot kumpit warganegara asing yang mencurigakan semasa menjalankan rondaan dan pemeriksaan rutin di kawasan berkenaan. 

"Pemeriksaan awal mendapati juragan dan empat awak-awak berumur 26 hingga 48 tahun memberi alasan tujuan memasuki perairan negara untuk mengambil barang-barang terpakai dibawa ke Indonesia negara asal mereka," katanya menerusi kenyataan media di sini pada Jumaat. 

Romli berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek memasuki perairan negara dengan tidak memiliki sebarang dokumen diri yang sah. 

Menurutnya, kesemua warganegara asing itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan tangkapan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk diserahkan dan tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau. 

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan lagi pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa untuk memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan supaya memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal. 

"Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau 089-752115 atau talian bantuan kecemasan MERS 999," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement