Anda di sini

Tun Juhar dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal ketiga

Advertisement
TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (kanan) berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Juhar Mahiruddin (tiga, kanan) sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2019 di Istana Negara hari ini.Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (duduk, kiri).-Bernama.

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Juhar Mahiruddin sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal ketiga bermula 1 Jan 2019.

Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. 

Tun Juhar, 65 sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Jan 2011 menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah dan seterusnya dilantik menjawat jawatan sama bagi penggal kedua pada 1 Jan 2015.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah bagi menghapuskan tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah yang selama ini dihadkan kepada dua penggal.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Wolverhampton Polytechnic, England pernah menyandang jawatan selaku Speaker DUN Sabah sejak 2002 hingga 2010 dan juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari 1990 hingga 1999.

  • oleh
  • Advertisement