Anda di sini

PPM Tawau gagalkan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dalam Op Gelora

Advertisement
ANGGOTA PPM memeriksa barang kawalan yang dirampas.
ANGGOTA PPM memeriksa barang kawalan yang dirampas.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mengagalkan aktiviti penyeludupan barang kawalan dalam Op Gelora di kawasan laut Hj Kuning, di sini pada pagi Rabu. 

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, PPM Tawau telah menahan sebuah bot laju bersama seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun yang membawa barang kawalan tanpa sebarang dokumen daripada KPDNKK. 

"Pemeriksaan lanjut telah mendapati lima tong gas yang dibawa daripada Tawau dipercayai untuk diseludup ke negara jiran," katanya menerusi kenyataan medianya di sini pada Khamis. 

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk tong gas, bot laju dan enjin sangkut 40 hp dianggarkan RM27,950.00 dan kesemua rampasan dan tangkapan terbabit dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut. 

BOT laju yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan barang kawalan.
BOT laju yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan barang kawalan.

Beliau berkata penahanan berkenaan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. 

Kesalahan tersebut boleh disabitkan iaitu denda tidak melebihi RM100 ribu atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

  • oleh
  • Advertisement