Anda di sini

PPM berkas enam suspek dalam Ops Gelora Khas

Advertisement
ANTARA suspek yang diberkas PPM dalam Ops Gelora Khas di perairan Kudat.
ANTARA suspek yang diberkas PPM dalam Ops Gelora Khas di perairan Kudat.

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Unit Gempur Marin (Ungerin) menahan dua bot dan enam lelaki dalam Operasi Gelora Khas kira-kira jam 12.10 tengah hari di sini pada Rabu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, terdahulu pihaknya menahan sebuah bot pam dan empat lelaki dipercayai terlibat dengan aktiviti mengebom ikan.

Katanya, tangkapan terbabit dijalankan di utara Pulau Straggler dekat sini hasil maklumat risikan PPM.

Menurutnya, keempat-empat suspek berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun dan kesemuanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Antara barangan yang dirampas dari bot berkenaan termasuklah enam botol plastik berisi baja urea, satu unit kompresor, tangki kompresor, dua unit enjin pam, 25 kilogram ikan pelbagai jenis, dan lapan sumbu warna merah.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM8,090 dan kes disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, dalam operasi sama di peraiaran Latoan dekat sini, sebuah bot nelayan dan dua suspek lelaki turut ditahan.

Mohamad Pajeri berkata, hasil pemeriksaan satu paket hablur lutsinar disyaki dadah jenis syabu ditemukan di dalam sebuah beg sandang kepunyaan salah seorang suspek yang berumur 27 tahun.

PERALATAN yang digunakan suspek untuk menjalankan aktiviti mengebom ikan.
PERALATAN yang digunakan suspek untuk menjalankan aktiviti mengebom ikan.

"Seorang  lagi suspek warga asing berumur 22 tahun ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

"Kedua-duanya disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Imigresen  1959/63," katanya.

  • oleh
  • Advertisement