Anda di sini

Veteran politik Sarawak, Law Hieng Ding meninggal dunia

Law Hieng Ding
Law Hieng Ding

KUCHING: Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Tan Sri Law Hieng Ding meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi Selasa.

Mendiang dilahirkan pada 4 Oktober 1935 di Sibu.

Law, memegang portfolio itu bermula 1990 hingga 2004 dan merupakan bekas Ahli Parlimen Sarikei antara 1982 dan 2008.

Jawatan tertingginya dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) ialah Timbalan Presiden.

Hasil perkahwinannya dengan Puan Sri Ngui Soon Leng, mereka dianugerahkan tiga anak.

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian menerusi Facebooknya berkata, mendiang seorang ahli politik yang baik.

"Kita kehilangan anak Sarawak yang berkhidmat dan berjuang untuk kita warga Sarawak dalam kabinet Malaysia selama 27 tahun, dan sebagai pemimpin dan ahli SUPP yang setia," ujarnya.