Anda di sini

Beberapa bekas pemimpin politik di Sabah sertai STAR

Advertisement

PENAMPANG: Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan semalam mendedahkan beberapa bekas pemimpin parti politik di Sabah telah menyatakan hasrat untuk menyertai parti pimpinannya.

Jeffrey berkata ini termasuk beberapa bekas pemimpin dari UMNO serta UPKO, dan ada antara mereka telah menghantar borang keanggotaan menyertai STAR.

Bagaimanapun, Jeffrey buat masa ini tidak mahu mendedahkan pemimpin berkenaan sehingga mereka benar-benar memuktamadkan keputusan menyertai STAR.

“Memang ada yang telah menghantar borang keanggotaan tetapi yang lain belum memutuskan (untuk menyertai STAR),” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Galeri Unduk Ngadau, di sini semalam.

Galeri itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden KDCA, Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun.

Dalam pada itu Jeffrey, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, menyatakan sokongan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan melebarkan sayapnya ke negeri ini. — Bernama

Advertisement