Anda di sini

Suspek kesalahan dadah diberkas

Advertisement
TANGKAPAN kes dadah dikumpulkan dalam operasi itu.
TANGKAPAN kes dadah dikumpulkan dalam operasi itu.

KOTA KINABALU: Seramai 70 individu ditangkap melibatkan pelbagai kesalahan dadah dalam beberapa operasi selama 11 hari yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, jumlah berkenaan termasuklah seramai 54 orang warga tempatan dan 16 orang warga asing dalam lingkungan umur 17 hingga 48 tahun.

Menurutnya, rampasan dadah melibatkan syabu seberat 17.86 gram dan ganja seberat 19.40 gram dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM3,455.

"Operasi ini dibuat bermula 8 Disember hingga 18 Disember lepas di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu. 

"Seramai 15 tangkapan atas kesalahan kes bekalan dan memiliki dadah, manakala 55 orang didapati positif dadah melalui ujian air kencing," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39A (1), 12(2), 6, dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Habibi berkata, usaha untuk membanteras pengedaran dan penagihan sekitar daerah Kota Kinabalu akan diperhebat dan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

  • oleh
  • Advertisement