Anda di sini

15 ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah

Advertisement
ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan dalam operasi itu.
ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan dalam operasi itu.

KOTA KINABALU: Polis menahan seramai 15 suspek melibatkan lima warga asing dan 10 yang terlibat kes jenayah dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah bagi daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 17 hingga 54 tahun.

Beliau berkata, operasi terbabit dijalankan bermula jam 5 petang Jumaat hingga jam 2 pagi pada Sabtu melibatkan tujuh lokasi serbuan.

"Tumpuan lokasi adalah kawasan bandaraya yang mana kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin (PTI) mengundang kepada kegiatan jenayah di daerah ini.

"Tangkapan PTI akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 serta lima tangkapan lagi disiasat mengikut Seksyen 379 dan 380 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan curi.

"Tiga suspek bagi kes pecah rumah disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala dua lagi disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan atas kesalahan pencerobohan," jelasnya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Habibi berkata, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat ke balai polis berhampiran atau melalui medium media sosial seperti laman Facebook Polis Kota Kinabalu untuk membanteras jenayah, PTI, dadah, dan gejala sosial negatif di bandaraya.

  • oleh
  • Advertisement