Anda di sini

Wira Warisan Sabah minta Yamani disiasat SPRM

Advertisement
ISMAIL (tiga kiri) bersama ahli Wira Warisan Sabah menunjukkan laporan yang dibuat di Pejabat SPRM hari ini (Jumaat)
ISMAIL (tiga kiri) bersama ahli Wira Warisan Sabah menunjukkan laporan yang dibuat di Pejabat SPRM hari ini (Jumaat)

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa berkaitan kes salah guna kuasa serta penyelewengan dana rakyat.

Perkara itu dinyatakan Naib Ketua Wira Parti Warisan (Warisan) Sabah Mohd Ismail Ayob berkaitan dakwaan Yamani melakukan kerosakan hutan dara menerusi projek janakuasa geoterma di Tawau.

Beliau berkata Yamani juga perlu disiasat secera terperinci oleh pihak SPRM berikutan dakwaan penyelewengan dana sebanyak RM35 juta bagi menjalankan projek terbabit pada 2013.

“Kami Wira Warisan Sabah meminta agar SPRM menjalankan siasatan terperinci berikutan projek ini didapati gagal dan sudah terbengkalai dan dibatalkan pada 2017.

“Siasatan ini adalah bagi mendedahkan dimana wang dana sebanyak itu dilesapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan berkenaan salah laku dan penyelewengan dana oleh Ahli Parlimen terbabit di Pejabat SPRM hari ini (Jumaat).

  • oleh
  • Advertisement