Anda di sini

Berhati-hati pantau kumpulan penculik

Advertisement

PENAMPANG: Pasukan keselamatan kini mengambil langkah tepat dalam menjalankan pemantauan pergerakan kumpulan penculik bagi memastikan mangsa culik dalam keadaan selamat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata kumpulan penjenayah yang melarikan tiga nelayan di Pegasus Reef Kinabatangan pada 6 Disember lalu sudah dikenalpasti.

“Keselamatan tebusan adalah keutamaan kita dan jika tersilap langkah dalam menjalankan kerja risikan maka mereka (tebusan) yang akan menjadi mangsa utama.

“Oleh itu, kita kena berhati-hati dalam apa juga tindakan yang diambil,” katanya.

Menurutnya meskipun kumpulan penculik sudah dikenalpasti pihaknya mengambil langkah untuk tidak mendedahkan identiti penjenayah terbabit.

“Mereka tahu dan sensitif terhadap apa juga perkembangan di sini oleh itu biarlah maklumat mereka tidak didedahkan buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada Khamis.
 

  • oleh
  • Advertisement