Anda di sini

Pejalan kaki maut dirempuh pacuan empat roda

Advertisement
PACUAN empat roda yang terlibat dalam kemalangan maut itu. 
PACUAN empat roda yang terlibat dalam kemalangan maut itu. 

TAWAU: Seorang pejalan kaki wanita maut selepas dirempuh pacuan empat roda ketika menunggu bas di Batu 22 Jalan Apas Balung, di sini pada Khamis.

Dalam nahas kira-kira jam 10.40 pagi itu, Suriani Jakaria, 27, beralamat di Batu 38 Jalan Apas, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh ketika berdiri di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata nahas kejadian berlaku ketika pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dari arah Keningau menuju ke Semporna.

"Siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu pacuan empat roda berkenaan hilang kawalan selepas cuba memotong sebuah lori dengan bergerak ke lorong sebelah kiri.

"Akibatnya, pacuan empat roda itu telah bergesel di bahagian kiri lori dan naik di penghadang jalan sebelum berpusing beberapa kali ke arah bertentangan dan bergerak secara mengundur lalu merempuh mangsa," katanya. 

Menurutnya, pemandu dan enam penumpang termasuk tiga dewasa dan tiga kanak-kanak tidak mengalami kecederaan. 

Fadil berkata sebaik menerima laporan, pihak polis bergegas ke tempat kejadian untuk mengambil gambar, melukis rajah kasar, mengesan saksi bebas dan membawa balik kenderaan yang terlibat ke balai polis. 

"Setakat ini, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987 oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Norhafizah Hussin," katanya.

  • oleh
  • Advertisement