Anda di sini

Dua lelaki tempatan miliki dadah ditahan polis

Advertisement
KENDERAAN yang dinaiki kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan di Kampung Andus di sini.
KENDERAAN yang dinaiki kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan di Kampung Andus di sini.

PAPAR: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas memiliki sejumlah dadah jenis syabu di Jalan Kampung Andus di sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kedua-dua suspek berumur 36 dan 33 tahun ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kenderaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan terbabit menemukan satu plastik lutsinar berisi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 20 gram serta peralatan untuk menghisap dadah.

“Rampasan dadah serta kereta dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Bath berkata kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya kejayaan itu adalah salah satu usaha pihak polis dalam mencegah jenayah di samping mencegah aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini.

  • oleh
  • Advertisement