Anda di sini

Cari waris kanak-kanak lelaki ditinggalkan ibu bapa kandung 

Advertisement
Kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan ibu bapa kandungnya. 
KANAK-KANAK lelaki yang ditinggalkan ibu bapa kandungnya. 

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan sedang mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan, kini berumur 3 tahun 9 bulan.

Pegawai Pelindung Erdianna Kanin berkata ia bagi membantu siasatan pihaknya terhadap kes kanak-kanak terbabit yang ditinggalkan ibu bapa kandung semasa berumur 3 bulan. 

Beliau berkata kanak-kanak itu ditinggalkan oleh ibu bapa bersama seorang budak lelaki kepada seorang awam yang dikenali sebagai Dayang Sabturiah Ali Hassan semasa berada di Bandar Prima, Batu 4, di sini pada 3 Julai 2015. 

"Ibu bapa kandung kanak-kanak itu hanya dikenali sebagai Asrul dan Lina. Selepas sahaja diserahkan, ibu bapa kandung kanak-kanak terbabit tidak lagi ditemui sehinggalah sekarang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis. 

Katanya orang awam terbabit merujuk kes berkenaan kepada pegawai pelindung dan seterusnya membuat laporan polis pada 11 Disember 2018 setelah dinasihatkan untuk berbuat demikian. 

Sehubungan itu, beliau meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan untuk tampil membantu siasatan. 

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi beliau di pejabatnya melalui talian 089-668494/667821/667133. 

  • oleh
  • Advertisement