Anda di sini

Konsert ‘In Your Area’ BLACKPINK di Malaysia dilanjutkan satu hari

Advertisement
 

SAMBUTAN luar biasa yang diterima dalam jualan tiket konsert BLACKPINK 2019 World Tour [In Your Area] Kuala Lumpur yang dilancarkan pada 12 Disember lepas menyebabkan persembahan kumpulan gadis terkenal dari Korea Selatan itu akan diadakan selama dua hari daripada tarikh asal hanya pada 23 Februari 2019.

Menurut pihak penganjur iaitu MacpiePro, tiket untuk konsert itu habis dijual dalam masa dua hari sehingga ramai peminat BLACKPINK yang memanggil diri mereka BLINKS terlepas peluang bertemu idola kesayangan mereka.

Disebabkan itu, MacpiePro membuat keputusan menganjurkan satu lagi konsert pada 24 Februari 2019, jam 6 petang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tiket konsert akan dijual pada harga sama iaitu RM273 (Zon Biru), RM373 (Zon Hijau), RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah) dan RM693 (Zon BLINK).

MacpiePro akan membuka jualan tiket ‘offline’ selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2018 pada jam 12 tengah hari di pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery dan kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).

Manakala jualan tiket secara dalam talian di laman web rasmi MacpiePro (www.macpiepro.com) akan dibuka pada 31 Disember 2018, tepat jam 12 tengah hari.

HITS Deal Mcalls Kembali Lagi!

 

Memandangkan HITS Deal Mcalls mendapat sambutan menggalakkan pada jualan kali pertama, Mcalls memperkenalkan semula pakej ini khas untuk BLINKS.

Dengan pembelian mana-mana Pakej HITS, BLINKS berpeluang menikmati HITS Deal yang menawarkan diskaun 40 peratus bagi tiket pertama dan 10 peratus untuk pembelian tiket kedua bagi zon Merah dan BLINK selain menikmati Internet berkelajuan tinggi, panggilan ke semua rangkaian tempatan dan SMS percuma setiap bulan!

BLINKS juga akan mendapat jaminan kemasukan dan berpeluang memenangi pas ‘soundcheck’. BLINKS tidak perlu bimbang tiket habis terjual atau perlu beratur dalam barisan yang panjang!

HITS Deal boleh dibeli pada 18 hingga 30 Disember 2018, bermula jam 12 tengah hari di laman web rasmi Mcalls dan kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).

Advertisement