Anda di sini

FAS umum skuad awal Liga Premier 2019

Advertisement
Senarai nama skuad awal Liga Premier 2019 yang tular di media sosial hari ini


KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini mengumumkan senarai 26 pemain awal skuad itu untuk mengharungi kempen Liga Premier 2019.


Mereka ialah Saiful Wazizi Mohammad, Ahmad Uzair Zaidil, Shukor Sulaiman, Mark Damian James, Adam Fahmi Iskandar, Mohd Badrul Hisyam Mohd Hussein, Muhd Firdaus Fauzi, Benedict Martin, Dalglish Papin Test, Awang Kamaruddin Awang Borhan, Mohd Alif Hassan, Zahrul Nizwan Joe Kifli, George Kinkladze Tom, Abdul Rahim Abdul Razak, Asrin Kalam, Jeffery Bato, Bobby Gonzales, Nur Shamie Iszuan, Shreen Tambi, Ronald Hilkspoor, Abdul Rahman Ismawi, Stevenson Unggah, Amar Muaz Zamri, Abg Azmi Fikri Abg Saufi, Mohd Nur Raziman Razali dan Gibson Billy.


Presiden FAS Datuk Posa Majais ketika mengumumkan senarai nama pemain itu hari ini berkata empat lagi pemain termasuk seorang pemain import akan menyertai skuad itu selewat-lewat pada penghujung bulan ini.


“Kita masih menilai tiga lagi pemain tempatan termasuk seorang pemain import dan akan mengumumkan nama-nama mereka selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.


“Selain itu, kita juga telah melantik Hamzah Ibrahim sebagai pengurus skuad Sarawak pada musim depan,” katanya lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement