Anda di sini

Rakyat Austria bantah pakatan sayap kanan

Advertisement
 Seorang penunjuk perasaan membawa bendera SPOe semasa menyertai protes di Heldenplatz di Vienna, kelmarin. — Gambar AFP
BANTAHAN: Seorang penunjuk perasaan membawa bendera SPOe semasa menyertai protes di Heldenplatz di Vienna, kelmarin. — Gambar AFP

VIENNA: Beribu-ribu penunjuk perasaan di Vienna menempuh keadaan bersalji dan suhu yang sangat sejuk kelmarin bagi membantah pakatan pemerintah Austria di antara pihak konservatif dan haluan kanan setahun selepas mereka memegang kuasa.

Kira-kira 17,000 orang berkumpul di jalan raya di ibu negara di sebalik keadaan cuaca buruk, menurut kepada anggaran polis, sementara pihak penganjur menyatakan kehadiran adalah 50,000 orang.

Ramai yang mengibarkan kain rentang bertulis “Pihak fasis sila keluar dari kerajaan”, “Rasisme membuatkan saya tidak selesai”, dan “lebih banyak kasih sayang, keberanian, perpaduan”, ketika mereka  bergerak melalui Vienna  sebelum berkumpul di luar istana diraja Hofburg.

Rali itu diadakan pada petang bagi ulang tahun pertama sejak kaunselor parti rakyat (OeVP) pimpinan Kaunselor Sebastian Kurz dan Parti Kebebasan (FPOe) haluan kanan memegang tugas pada 18 Disember, 2017.

Di bawah kepimpinan mereka, Austria yang turut memegang presiden EU sehingga hujung Disember, telah memperkenalkan siri langkah-langkah anti-imigrasi yang tegas sepanjang tahun lepas.

Dalam tindakan terbaharu, kerajaan pada bulan lepas memuktamadkan maklumat bagi pemotongan kebajikan bertujuan terhadap pendatang, dalam satu tindakan dikritik oleh pejuang kempen anti-kemiskinan dan kumpulan gereja.

“Kami mahu Austria yang berlainan,” menurut MP Andreas Schieder daripada parti pembangkang Demokrat Sosial (SPOe).

Schieder merupakan calon utama SPOe dalam pilihan raya Parlimen Eropah pada Mei 2019, ketika parti-parti tradisional berdepan cabaran utama daripada populis haluan kanan dan eurospektif.

Dengan perkembangan sebanyak tiga peratus dijangkakan pada tahun ini dan salah satu dari kadar pengangguran terendah bagi zon euro sebanyak 5.6 peratus, pakatan Austria masih lagi berada tinggi dalam pungutan suara.

Parti Kurz, People’s Party telah memenangi 31.5 peratus dari undian dalam pilihan raya tahun lepas, namun sekarang memperolehi kira-kira 35 peratus dalam pungutan suara.

Parti Kebebasan, diketuai oleh Timbalan Kaunselor Heinz-Christian Strache, hanya berkurangan sedikit dari 26 peratus bagi undian yang dimenangi pada tahun lepas kepada kira-kira 24 peratus. — AFP

Advertisement