Anda di sini

Pemuda cedera motosikal bertembung dengan kereta

Advertisement
 Mangsa kemalangan dari Kampung Sebandi Ulu tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan.
UNTUK DIRAWAT: Mangsa kemalangan dari Kampung Sebandi Ulu tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan.

KUCHING: Seorang pemuda mengalami beberapa kecedaraan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Asajaya Sabtu lepas.

Ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun dari Kampung Sebandi Ulu bersama rakannya yang merupakan pembonceng menuju ke Kampung Tambirat.

Bagaimanapun pembonceng dan pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Mangsa dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kemudian dirujuk ke HUS dan ditempatkan di Zon Merah.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki patah kaki dan cedera di muka selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Muara Tabuan Sabtu lepas.

Menurut saksi, dalam kejadian yang berlaku jam 10 malam itu, mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan dari Muara Tabuan ke Tabuan Tranquility.

Mangsa dirujuk ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut dan difahamkan dia diletakkan di Zon Kuning sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini.

Advertisement