Anda di sini

Pembangunan rohani yang mantap menyatukan masyarakat berfikiran positif

Advertisement
 Francis menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebration’ di Sri Aman, baru-baru ini.
PATRON: Francis menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebration’ di Sri Aman, baru-baru ini.

MAJLIS Makan Malam ‘Advent Celebration’ anjuran Women Fellowship St Lawrence’s Church berlangsung dengan jaya di Eden Restaurant, Sri Aman baru-baru ini.

Tetamu kehormat yang hadir sekali gus merasmikan majlis ialah Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis yang juga patron majlis.

Francis dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penganjur yang berjaya menghimpunkan ramai orang untuk menghadiri majlis tersebut.

 Francis disambut mesra semasa tiba pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebration’   di Sri Aman, baru-baru ini.
MESRA: Francis disambut mesra semasa tiba pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebration’ di Sri Aman, baru-baru ini.

“Kehadiran anda ke majlis ini amat dialu-alukan sebagai salah satu cara kita untuk membantu membiayai pelbagai aktiviti gereja yang bakal dilaksanakan nanti,” katanya.

Menurutnya, pembangunan rohani yang mantap berteraskan kemuliaan ajaran agama berupaya menyatukan masyarakat berfikiran positif dalam perpaduan komuniti.

“Dalam hal ini, anda telah membuktikan semangat positif serta perpaduan komuniti dengan bersama-sama memberi sokongan dan seterusnya memastikan majlis ini berjalan lancar.

“Saya harap semangat seumpama ini akan diteruskan sampai bila-bila demi kebaikan kita bersama,” katanya.

 Francis menyampaikan hadiah kepada tetamu yang memenangi slot cabutan bertuah pada pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebration’ di Sri Aman, baru-baru ini.
MENANG: Francis menyampaikan hadiah kepada tetamu yang memenangi slot cabutan bertuah pada pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebration’ di Sri Aman, baru-baru ini.
 Francis menerima cenderamata daripada pihak penganjur pada Majlis Makan Malam Advent Celebration di Sri Aman, baru-baru ini.
TANDA KENANGAN: Francis menerima cenderamata daripada pihak penganjur pada Majlis Makan Malam Advent Celebration di Sri Aman, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Francis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mengumumkan peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM20,000 kepada Diocesan Women’s Fellowship (DWF) bagi tahun 2019.

Terdahulu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis itu termasuk Priest In Charge St Lawrence’s Church, Rev Jackson Jarau dan The Venerable Canon Jamal Senada, Arcdeacon of Central Archdeaconry.

  • oleh
  • Advertisement